Penghargaan Zach Sobiech

Saluran YouTube SoulPancake milik Rainn Wilson melancarkan sebuah dokumentari mengenai Sobiech araha Justin Baldoni.[5][12] 22 minit episod My Last Days: Meet Zach Sobiech telah ditonton lebih dari 16 juta penonton di saluran YouTube SoulPancake.[13] Episod selanjutnya My Last Days: Zach Sobiech dibuat setahun kemudian untuk ditujukan kepada keluarga Zach dan rakan-rakannya setelah kematiannya.[14]

Pelbagai artis telah memberi penghargaan, termasuk versi saduran dari lagu "Clouds",[15] menampilkan pengarah Rainn Wilson bersama Bryan Cranston, Ashley Tisdale, Jason Mraz, Sara Bareilles, Colbie Caillat, Phillip Phillips, Passenger, The Lumineers danbanyak lagi. Muzik videonya diarahkan oleh Justin Baldoni, diterbitkan oleh Baldoni dan Ahmed Kelacek, dengan Fouad Elgohari sebagai penerbit bersama dan NIck Pezzillo sebagai penyunting. Video tersebut telah ditonton lebih dari 5 juta kali di saluran YouTube SoulPancake.[16]

Pada 5 Disember 2013 paduan suara yang terdiri sekitar 5.000 orang, menyanyikan lagu Sobiech "Clouds" di Mall of America. Acara tersebut dianjurkan oleh KS95 Kids Radiothon dengan kerjasama Children's Cancer Research Fund dan Gillette Children's Specialty Healthcare.[17]

Ibu Zach, Laura Sobiech menulis sebuah memoir tentang kehidupannya yang diberi judul Fly a Little Higher: How God Answered a Mom's Small Prayer in a Big Way. Pada awal 2016, Warner Bros mengumumkan akan menerbitkan filem yang diadaptasi dari buku tersebut. Justin Baldoni yang akan menjadi pengarah dan tajuk yang diberi ialah "Clouds" sempena lagu Zach.[18]

Filem Clouds dikeluarkan di perkhidmatan penstriman digital Disney+ pada 16 Oktober 2020. Penggambaran filem itu bermul pada 19 Oktober 2019 di Montreal dan diarahkan oleh Justin Baldoni. Filem ini dibintangi oleh Fin Argus sebagai Zach dan Sabrina Carpenter sebagai Sammy. Dua hari selepas filem ini dikeluarkan, lagu "Couds" menduduki carta lagu iTunes dengan menempati peringkat #1.[19]

Rujukan

WikiPedia: Zach Sobiech http://www.ultratop.be/fr/showinterpret.asp?interp... http://www.allmusic.com/artist/p2825605/charts-awa... http://www.billboard.com/articles/news/1563117/zac... http://www.billboard.com/articles/news/1563578/zac... http://minnesota.cbslocal.com/2013/05/20/teen-whos... http://www.cnn.com/2013/05/20/health/sobiech-viral... http://www.csmonitor.com/The-Culture/Music/2013/05... http://fox2now.com/2013/05/23/viral-video-sensatio... http://www.lescharts.com/showinterpret.asp?interpr... http://www.nydailynews.com/news/national/teen-wrot...